Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, mahu memperkuat pertahanan udara dan dron senyap berteknologi tinggi untuk memantau pergerakan tentera Korea Utara.<br /><br />Seoul mendakwa Korea Utara menerbangkan lima dron dekat sempadan pertikaian antara kedua-dua negara itu, dan pertama kali kejadian itu berlaku dalam tempoh lima tahun.<br /><br />Tentera Korea Selatan bertindak balas dengan melepaskan tembakan amaran dan menerbangkan pesawat perang.